Thursday, June 20, 2013

Sebenarnya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

*****************
A: So, ade ape-ape nak tanya lagi ke pasal benda ni?
B dan C: Hmm..takde kot...(sambil senyum tersipu-sipu)
B: Btw, hmm..ekceli, ekceli A...kitorang ade nak cakap something kat A...ermm..

B memandang C dan C membalas pandangan itu dengan sengih yang terukir di bibir dan juga seperti memberi signal 'ko la yang bagitau' ataupun 'betul ke nak bagitau ni?'. Either way.

A: Oh ye ke..ape dia? cakaplah..

B dan C saling pandang-memandang satu sama lain. A melihat riak wajah mereka. She noted that particular look. As if they've made a big mistake. As if they've broke A's favourite bowl or as if they've torn A's #no.1 dress. As if they have something that they've kept from A.

B dan C mengeluh panjang. *sigh*. Ada sesuatu yang besar yang mereka ingin sampaikan. Sesuatu yang sepertinya telah lama ditahan. Tetapi melihat keadaan itu, A sebenarnya dapat mengagak apa yang bakal disampaikan oleh mereka, cuma A harap bukan itu yang keluar dari bibir mereka. Bukan itu dan bukan pada saat itu. Tetapi, dengan penuh kudrat dia bertanya,

A: B, C..kenape ni? .cakap la. takpe, cakap je..
B: Sebenarnya,..................................

Satu-persatu kata-kata mereka masuk ke dalam otak A dan semuanya seperti yang disangkakannya. Mungkin ade sedikit kekacauan di otak A, membuatkan A terdiam sebentar, gagal untuk menyusun kata. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Dia memaksa area Wernick dan Broca di otaknya untuk bekerja keras untuk menyambung perbualan itu..

*krikk krikk*

Paksaan demi paksaan, akhirnya.

A: (mengukir senyuman)..Ohhh, ye ke..hee (awkward moment)

*****************

Perasaan A bercampur-baur.
Sesungguhnya A menyerahkan segala urusan kepada Allah.
Dan dia percaya, ini adalah one step untuk Allah mentarbiyahnya.

Dan pada masa yang sama, dia sangat salute dengan B dan C atas keterus-terangan mereka. Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu yang serius seperti itu. Jzkk. Jzkk. Jzkk.

Thursday, April 18, 2013

Omar series!


bismillahirrahmanirrahim.


"Kenapa kau menangis, Abu Jandal? Padahal saudaramu telah mati syahid, insyaAllah...dan di sana pasti ada teman yang lebih baik ...dan hidupnya pasti lebih baik daripada hidup kita. Seharusnya kita yang harus menangisi diri kita kerana hanya Allah yang tahu bagaimana sisa hidup kita.." kata Suhail ibn Amr.


Nangesss! Berjurai-jurai airmata kat depan laptop ni. Lagi dahsyat, atau bak kata orang Jawa kat sini, saking (sangat) dahsyatnya airmata yang keluar time tengok cerita ni daripada cerita Jepun "One Litre of Tears" dulu. Tidak dinafikan, cerita tu pun sedih. tapi cerita ni lagi sedih wooo. kenapa dia sedih? Sebab it is based on true story. Omar series help to us imagine what the people before us had sacrificed demi agama yang suci ni. Dengan perjuangan-perjuangan hebat inilah, alhamdulillah, Islam ni berjaya tersebar ke seluruh dunia dan warga Malaysia juga turut berpeluang menerima nikmat terbesar ini, being Muslim :)


Ekceli dialog ni saya amek daripada cerita Omar series. hehe. 






"Sape pernah tengok Omar Series, sila buat "Peace", letak kat pipi sambil senyum kerang and cakap 'Saya dah tengok' sekarang!" *bajet ade reader pulak. kikiki.

Alhamdulillah lah kalau sesape yang dah tengok. Kalau yang belom tengok tu, silalah tengok! Nak je saya bagitahu kat satu dunia ni supaya tengokla Omar series. Serius recommended! Cehh, semangat je kan. Tapi memang semangat pun! *mata bersinar-sinar*


Nak dijadikan cerita, saya ni orangnya malas sikit membace. malas banyaklah jugak. Pelik jugak kan, medical student malas membaca tapi iAllah, saya  sedang dalam proses untuk berjinak-jinak dengan buku. ngehee! Jadinya, banyak la buku-buku yang saya beli masih elok tersusun di rak-rak buku. berbalut pelastik lagi. Macam nak jual balik je. So, saya agak slow la untuk update diri sendiri dengan sirah Nabi, sirah sahabat etc etc. And saya rase one of the thing yang sesangat membantu saya untuk kenal and tahu serba sedikit tentang sahabat-sahabat and peristiwa-peristiwa yang best ni adalah dengan tengok cerita Omar Series ni.


Siri ni dimulakan dengan Khalifah Umar Al-Khattab flashback balik ape yang berlaku dulu-dulu. Bermula daripada ketika Rasulullah mula-mula nak sebarkan Islam kat Mekah, kemudian ke Madinah, kemudian Pembukaan Kota Mekah kemudian Rasulullah wafat kemudian Abu Bakar jadi Khalifah sampailaah ..*maaf belum habis tengok lagi*. Macam-macam peristiwa yang divisualisasikan dalam siri ni. So, lebih feeling lah kan untuk menghayati peristiwa-peristiwa bermakna nih.


Bile tengok cerita ni, macam-macam perasaan ade.


Kagum! - bila tengok orang-orang yang penuh dengan karat jahiliyyah mendapat hidayah Allah. Dulunya bengis melawan Nabi, sekarang masih bengis melawan musuh Nabi.


Terharu! - bila tengok ikatan ukhuwwah antara mereka. betapa sang anak menginginkan ayahnya masuk Islam supaya terlepas daripada azab neraka.


Sedih! -melihat orang yang diseksa kerana taksub dengan kalimat 'Ahad'..tapi dalam masa yang sama sangat salut dengan mereka. Betapa akidah mereka superduper strong, sanggup terseksa di dunia demi kenikmatan yang kekal di akhirat.


Jeles! - bila tengok sahabat-sahabat yang syahid. Ya Allah, sesungguhnya sudah tiba masanya untuk mereka berehat yang sebenar-benarnya dan bergembira setelah apa yang mereka kerjakan di dunia ni. Saya? T_T


dan banyak lagi perasaan perasaan yang bakal timbul.. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda juga merasakan apa yang saya rasakan? :D. Kalau nak tengok, gi cari kat Youtube. type Omar series. or click kat sini!


p/s: kekadang tu bila tengok satu peristiwa tu, tapi mcm tak dpt nak tangkap ape yang berlaku sebenarnya, so cepat-cepat saya salin nama sahabat tu, then google, baru tau kisah yang sebenarnya and dalam masa yang sama tengah baca buku Sirah Nabawiyah jugak untuk better understanding. it works for me. may it work for you too, biidznillah (dengan izin Allah) :)


btw, sila sediakan tisu sebelum click 'Play'. Ehehehehe.


Saturday, March 23, 2013

kenapa awak nak nangis?

Assalamualaikum.

A: Awak, saya taktau ape yang saya rasa. Saya rasa nak nangis.

B: Hah? Ape yang awak rase? kenapa awak nak nangis?

A: Entah. saya taktau apa yang saya rasa. Yang penting saya rasa nak nangis.

B: ade sape-sape buat awak ke? buat jahat ke buat awak terase ke?

A: maybee..

B: hmm,  kalau macam tu nangis lah. nangis puas-puas. then, berlapang dada lah eh.

Fuhhh! kene tembak tepat kat jantung. sentap. nangis laju-laju. banjir kejap bumi Yogya yg dah lame tak hujan nih.




Katanya:

Dalam UOT (University of Tarbiyah) ni, bukan semua pelajarnya super perfect. bukan semua pelajarnya baik-baik belaka. bukan sume studentnya macam malaikat. no. tapi, insyaAllah semua studentnya nak jadi baik. Baik untuk dunia, baik untuk akhirat. Dan:



“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Bila Allah dah gerakkan hati kita tu untuk join UOT ni, means Allah dah gerakkan kita untuk jadi baik. And menjadi baik itu bukanlah something yang boleh dicapai dalam sekelip mata. NO. it's a process. A continous process untuk buang karakter-karakter jahiliyyah dalam diri itu dan ianya bukanlah mudah. Tapi, biidznillah, mampu dicapai. (salut!) Dan dalam masa yang sama kita juga nak membentuk diri dengan sifat-sifat terpuji Rasulullah. In other words, kita nak buang sifat-sifat mazmumah dan nak hiasi diri kita dengan sifat-sifat mahmudah.

dalam hadith kat atas dah terang lagi bersuluh state yg sape nak jadi baik, mesti ada ujiannya. Salah satu ujian dalam ukhwah ni selalunya "terase" Jadi, terase bagai ni memang lah banyakkkkkkkkkkk berlaku kat UOT ni. Sebab kita semua tengah nak betulkan diri. bukan diri dah 100% betul. So, pandanglah ia as satu ujian untuk kuatkan iman. Ambil iktibar dalam semua perkara yang berlaku. Kuatkan hati sikit. And bila lemah mintak kekuatan kat Allah. Sebab semua yang Allah uji tu kan berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya. So, belajarlah untuk berlapang dada. Bukan ke Imam Hassan al-Banna cakap:

“Setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan saudaranya) dan serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada" ?

Allahurabbi. nanges lebih laju.





Saturday, March 09, 2013

mes mutaba'ah amal.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t..

mes mutaba'ah amal= my mutaba'ah amal
*mes means my, btw.

Kali ini, saya nak cerita sikit tentang Pak Cik Mutaba'ah Amal. Pernah dengar dua perkataan Arab ni? Kalau tak pernah dengar, jangan risau! Saya pun baru berkenalan dengan Pak Cik Mutaba'ah Amal ni..kira-kira 2++ tahun yang lalu kot. Tapi bak kata orang Caucasian, 'better late than never', right? Eheh!

So, actually mutaba'ah amal ni saya rasa bukanlah satu benda asing lagi dalam kehidupan orang-orang dah lama mendaftarkan diri kat University of Tarbiyah (UOT). Sebab antara subjek penting yang perlu diambil oleh semua pelajar UOT ini adalah Mutaba'ah Amal. Kalau tak amek, bukan student UOT la namanya.. hoho.

Q1: Ehhh, dari tadi duk sebut Mutaba'ah Amal berulang-ulang nih..ghapo dio gak Mutaaba'ah Amal tuhhh?

Minta maaf. Meh sini saya explain sikit pasal mutaba'ah amal (MA) . Kalau nak translate dari segi bahasanya MA ni bermaksud amalan ikutan. Dari segi syarie, MA ni memperbaiki, membetulkan, mengindahkan peribadi dengan amalan-amalan yang selari dengan sunnah Rasululullah. (kredit)

Atau lebih mudah nak faham, MA ni kiranya bila KITA set certain amalan2 yang kita nak/kena buat dalam waktu tertentu. For example, kita rase kita kena baca Quran 3 muka surat dalam sehari, kita rase kita nak kena puasa setiap hari Isnin dan Khamis (Fuhhh) atau mungkin kita rase kita kena puasa macam Nabi Daud berpuasa (Perghhh!). Pokoknya, roughly, MA tu macam tulah.

Q2: Ape tujuan MA nih sebenarnya?

MA ni adalah satu langkah untuk kita menjadi a better Muslim. A better practicing Muslim. Seorang muslim yang mengamalkan sunnah2 Rasulullah untuk menambahkan lagi kecintaan kepada Allah dan paling penting sekali untuk mencari redha-Nya.

Ada yang cakap MA ni is one way untuk mengelakkan diri kita dari buat benda-benda lagha  atau tidak berfaedah, Memang tak dinafikan, it's true! And ada jugak yang kata MA ni sebenarnya one way untuk membuatkan hari-hari kita yang lalui lebih bermakna dan tidak kosong. Kalau mengikut pengalaman sendiri (yang tak berapa nak banyak nihh) boleh rase la beza hari yang tidak diisi dengan MA ataupun hari yang MA-nya full. Serius! *muka konfiden*

Q3) Macam best je MA nih..acane nak buat ehh?

Yang paling penting sekali, bila nak set kan MA nih, setlah dari bawah. Maksudnya, kalau sebelum ni, kita baca Quran seminggu 2 page, mungkin kita boleh mula dengan setkan baca Quran sehari 1 page. And setkan jugak amalan-amalan lain. Ikutlah kemampuan masing-masing. Sikit-sikit takpe, asalkan kita try to istiqamah.

"Dan sesungguhnya amal yang paling Allah sukai ialah yang terus-menerus / istiqamah dikerjakan walaupun sedikit"
(HR ABU DAUD)

Some people suka buat borang MA, in which bile satu MA yang dah dibuat, nanti dorang tanda, yang tak buat tak tanda, and after sebulan nanti, akan tengok balik borang ni, and bolehlah evaluate diri; amalan apa yang masih kurang, amalan mane yang dah memuaskan. Gitulaaahh. Kalau google, iAllah kot banyak contoh.

And then bila amalan tu macam dah okay dan boleh pergi jauh, set lagi MA yang baru, contohnya tadi bace quran 1page/day rite? tambah jadi 3page/day ke etc. Bak kata Mama Usrah saya dulu, MA ni bila kita nak set lagi, kenalah bertambah, bukan berkurang. 

****************

Begitulah serba-serbi tentang MA nih. SERIOUSLY, waktu mula-mula dulu nak amalkan MA yang diset memang rase terpaaaaaaksaaaaaa sangat.. tapi sama-samalah saya, awak, awak dan awak try cari kemanisan dalam keterpaksaan itu. Lama-lama, iAllah enjoy je buat MA nih..:)

contoh.

p/s: dan yang paling penting sekali: semoga kita dapat menjalankan MA ni dengan ikhlas, bukanlah tujuan untuk riya' dan sebagainya. Amiinn :)