Thursday, April 18, 2013

Omar series!


bismillahirrahmanirrahim.


"Kenapa kau menangis, Abu Jandal? Padahal saudaramu telah mati syahid, insyaAllah...dan di sana pasti ada teman yang lebih baik ...dan hidupnya pasti lebih baik daripada hidup kita. Seharusnya kita yang harus menangisi diri kita kerana hanya Allah yang tahu bagaimana sisa hidup kita.." kata Suhail ibn Amr.


Nangesss! Berjurai-jurai airmata kat depan laptop ni. Lagi dahsyat, atau bak kata orang Jawa kat sini, saking (sangat) dahsyatnya airmata yang keluar time tengok cerita ni daripada cerita Jepun "One Litre of Tears" dulu. Tidak dinafikan, cerita tu pun sedih. tapi cerita ni lagi sedih wooo. kenapa dia sedih? Sebab it is based on true story. Omar series help to us imagine what the people before us had sacrificed demi agama yang suci ni. Dengan perjuangan-perjuangan hebat inilah, alhamdulillah, Islam ni berjaya tersebar ke seluruh dunia dan warga Malaysia juga turut berpeluang menerima nikmat terbesar ini, being Muslim :)


Ekceli dialog ni saya amek daripada cerita Omar series. hehe. 






"Sape pernah tengok Omar Series, sila buat "Peace", letak kat pipi sambil senyum kerang and cakap 'Saya dah tengok' sekarang!" *bajet ade reader pulak. kikiki.

Alhamdulillah lah kalau sesape yang dah tengok. Kalau yang belom tengok tu, silalah tengok! Nak je saya bagitahu kat satu dunia ni supaya tengokla Omar series. Serius recommended! Cehh, semangat je kan. Tapi memang semangat pun! *mata bersinar-sinar*


Nak dijadikan cerita, saya ni orangnya malas sikit membace. malas banyaklah jugak. Pelik jugak kan, medical student malas membaca tapi iAllah, saya  sedang dalam proses untuk berjinak-jinak dengan buku. ngehee! Jadinya, banyak la buku-buku yang saya beli masih elok tersusun di rak-rak buku. berbalut pelastik lagi. Macam nak jual balik je. So, saya agak slow la untuk update diri sendiri dengan sirah Nabi, sirah sahabat etc etc. And saya rase one of the thing yang sesangat membantu saya untuk kenal and tahu serba sedikit tentang sahabat-sahabat and peristiwa-peristiwa yang best ni adalah dengan tengok cerita Omar Series ni.


Siri ni dimulakan dengan Khalifah Umar Al-Khattab flashback balik ape yang berlaku dulu-dulu. Bermula daripada ketika Rasulullah mula-mula nak sebarkan Islam kat Mekah, kemudian ke Madinah, kemudian Pembukaan Kota Mekah kemudian Rasulullah wafat kemudian Abu Bakar jadi Khalifah sampailaah ..*maaf belum habis tengok lagi*. Macam-macam peristiwa yang divisualisasikan dalam siri ni. So, lebih feeling lah kan untuk menghayati peristiwa-peristiwa bermakna nih.


Bile tengok cerita ni, macam-macam perasaan ade.


Kagum! - bila tengok orang-orang yang penuh dengan karat jahiliyyah mendapat hidayah Allah. Dulunya bengis melawan Nabi, sekarang masih bengis melawan musuh Nabi.


Terharu! - bila tengok ikatan ukhuwwah antara mereka. betapa sang anak menginginkan ayahnya masuk Islam supaya terlepas daripada azab neraka.


Sedih! -melihat orang yang diseksa kerana taksub dengan kalimat 'Ahad'..tapi dalam masa yang sama sangat salut dengan mereka. Betapa akidah mereka superduper strong, sanggup terseksa di dunia demi kenikmatan yang kekal di akhirat.


Jeles! - bila tengok sahabat-sahabat yang syahid. Ya Allah, sesungguhnya sudah tiba masanya untuk mereka berehat yang sebenar-benarnya dan bergembira setelah apa yang mereka kerjakan di dunia ni. Saya? T_T


dan banyak lagi perasaan perasaan yang bakal timbul.. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda juga merasakan apa yang saya rasakan? :D. Kalau nak tengok, gi cari kat Youtube. type Omar series. or click kat sini!


p/s: kekadang tu bila tengok satu peristiwa tu, tapi mcm tak dpt nak tangkap ape yang berlaku sebenarnya, so cepat-cepat saya salin nama sahabat tu, then google, baru tau kisah yang sebenarnya and dalam masa yang sama tengah baca buku Sirah Nabawiyah jugak untuk better understanding. it works for me. may it work for you too, biidznillah (dengan izin Allah) :)


btw, sila sediakan tisu sebelum click 'Play'. Ehehehehe.