Thursday, April 18, 2013

Omar series!


bismillahirrahmanirrahim.


"Kenapa kau menangis, Abu Jandal? Padahal saudaramu telah mati syahid, insyaAllah...dan di sana pasti ada teman yang lebih baik ...dan hidupnya pasti lebih baik daripada hidup kita. Seharusnya kita yang harus menangisi diri kita kerana hanya Allah yang tahu bagaimana sisa hidup kita.." kata Suhail ibn Amr.


Nangesss! Berjurai-jurai airmata kat depan laptop ni. Lagi dahsyat, atau bak kata orang Jawa kat sini, saking (sangat) dahsyatnya airmata yang keluar time tengok cerita ni daripada cerita Jepun "One Litre of Tears" dulu. Tidak dinafikan, cerita tu pun sedih. tapi cerita ni lagi sedih wooo. kenapa dia sedih? Sebab it is based on true story. Omar series help to us imagine what the people before us had sacrificed demi agama yang suci ni. Dengan perjuangan-perjuangan hebat inilah, alhamdulillah, Islam ni berjaya tersebar ke seluruh dunia dan warga Malaysia juga turut berpeluang menerima nikmat terbesar ini, being Muslim :)


Ekceli dialog ni saya amek daripada cerita Omar series. hehe. 






"Sape pernah tengok Omar Series, sila buat "Peace", letak kat pipi sambil senyum kerang and cakap 'Saya dah tengok' sekarang!" *bajet ade reader pulak. kikiki.

Alhamdulillah lah kalau sesape yang dah tengok. Kalau yang belom tengok tu, silalah tengok! Nak je saya bagitahu kat satu dunia ni supaya tengokla Omar series. Serius recommended! Cehh, semangat je kan. Tapi memang semangat pun! *mata bersinar-sinar*


Nak dijadikan cerita, saya ni orangnya malas sikit membace. malas banyaklah jugak. Pelik jugak kan, medical student malas membaca tapi iAllah, saya  sedang dalam proses untuk berjinak-jinak dengan buku. ngehee! Jadinya, banyak la buku-buku yang saya beli masih elok tersusun di rak-rak buku. berbalut pelastik lagi. Macam nak jual balik je. So, saya agak slow la untuk update diri sendiri dengan sirah Nabi, sirah sahabat etc etc. And saya rase one of the thing yang sesangat membantu saya untuk kenal and tahu serba sedikit tentang sahabat-sahabat and peristiwa-peristiwa yang best ni adalah dengan tengok cerita Omar Series ni.


Siri ni dimulakan dengan Khalifah Umar Al-Khattab flashback balik ape yang berlaku dulu-dulu. Bermula daripada ketika Rasulullah mula-mula nak sebarkan Islam kat Mekah, kemudian ke Madinah, kemudian Pembukaan Kota Mekah kemudian Rasulullah wafat kemudian Abu Bakar jadi Khalifah sampailaah ..*maaf belum habis tengok lagi*. Macam-macam peristiwa yang divisualisasikan dalam siri ni. So, lebih feeling lah kan untuk menghayati peristiwa-peristiwa bermakna nih.


Bile tengok cerita ni, macam-macam perasaan ade.


Kagum! - bila tengok orang-orang yang penuh dengan karat jahiliyyah mendapat hidayah Allah. Dulunya bengis melawan Nabi, sekarang masih bengis melawan musuh Nabi.


Terharu! - bila tengok ikatan ukhuwwah antara mereka. betapa sang anak menginginkan ayahnya masuk Islam supaya terlepas daripada azab neraka.


Sedih! -melihat orang yang diseksa kerana taksub dengan kalimat 'Ahad'..tapi dalam masa yang sama sangat salut dengan mereka. Betapa akidah mereka superduper strong, sanggup terseksa di dunia demi kenikmatan yang kekal di akhirat.


Jeles! - bila tengok sahabat-sahabat yang syahid. Ya Allah, sesungguhnya sudah tiba masanya untuk mereka berehat yang sebenar-benarnya dan bergembira setelah apa yang mereka kerjakan di dunia ni. Saya? T_T


dan banyak lagi perasaan perasaan yang bakal timbul.. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda juga merasakan apa yang saya rasakan? :D. Kalau nak tengok, gi cari kat Youtube. type Omar series. or click kat sini!


p/s: kekadang tu bila tengok satu peristiwa tu, tapi mcm tak dpt nak tangkap ape yang berlaku sebenarnya, so cepat-cepat saya salin nama sahabat tu, then google, baru tau kisah yang sebenarnya and dalam masa yang sama tengah baca buku Sirah Nabawiyah jugak untuk better understanding. it works for me. may it work for you too, biidznillah (dengan izin Allah) :)


btw, sila sediakan tisu sebelum click 'Play'. Ehehehehe.


Saturday, March 23, 2013

kenapa awak nak nangis?

Assalamualaikum.

A: Awak, saya taktau ape yang saya rasa. Saya rasa nak nangis.

B: Hah? Ape yang awak rase? kenapa awak nak nangis?

A: Entah. saya taktau apa yang saya rasa. Yang penting saya rasa nak nangis.

B: ade sape-sape buat awak ke? buat jahat ke buat awak terase ke?

A: maybee..

B: hmm,  kalau macam tu nangis lah. nangis puas-puas. then, berlapang dada lah eh.

Fuhhh! kene tembak tepat kat jantung. sentap. nangis laju-laju. banjir kejap bumi Yogya yg dah lame tak hujan nih.




Katanya:

Dalam UOT (University of Tarbiyah) ni, bukan semua pelajarnya super perfect. bukan semua pelajarnya baik-baik belaka. bukan sume studentnya macam malaikat. no. tapi, insyaAllah semua studentnya nak jadi baik. Baik untuk dunia, baik untuk akhirat. Dan:



“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Bila Allah dah gerakkan hati kita tu untuk join UOT ni, means Allah dah gerakkan kita untuk jadi baik. And menjadi baik itu bukanlah something yang boleh dicapai dalam sekelip mata. NO. it's a process. A continous process untuk buang karakter-karakter jahiliyyah dalam diri itu dan ianya bukanlah mudah. Tapi, biidznillah, mampu dicapai. (salut!) Dan dalam masa yang sama kita juga nak membentuk diri dengan sifat-sifat terpuji Rasulullah. In other words, kita nak buang sifat-sifat mazmumah dan nak hiasi diri kita dengan sifat-sifat mahmudah.

dalam hadith kat atas dah terang lagi bersuluh state yg sape nak jadi baik, mesti ada ujiannya. Salah satu ujian dalam ukhwah ni selalunya "terase" Jadi, terase bagai ni memang lah banyakkkkkkkkkkk berlaku kat UOT ni. Sebab kita semua tengah nak betulkan diri. bukan diri dah 100% betul. So, pandanglah ia as satu ujian untuk kuatkan iman. Ambil iktibar dalam semua perkara yang berlaku. Kuatkan hati sikit. And bila lemah mintak kekuatan kat Allah. Sebab semua yang Allah uji tu kan berdasarkan kemampuan hamba-hambaNya. So, belajarlah untuk berlapang dada. Bukan ke Imam Hassan al-Banna cakap:

“Setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar (melebihkan saudaranya) dan serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada" ?

Allahurabbi. nanges lebih laju.





Saturday, March 09, 2013

mes mutaba'ah amal.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t..

mes mutaba'ah amal= my mutaba'ah amal
*mes means my, btw.

Kali ini, saya nak cerita sikit tentang Pak Cik Mutaba'ah Amal. Pernah dengar dua perkataan Arab ni? Kalau tak pernah dengar, jangan risau! Saya pun baru berkenalan dengan Pak Cik Mutaba'ah Amal ni..kira-kira 2++ tahun yang lalu kot. Tapi bak kata orang Caucasian, 'better late than never', right? Eheh!

So, actually mutaba'ah amal ni saya rasa bukanlah satu benda asing lagi dalam kehidupan orang-orang dah lama mendaftarkan diri kat University of Tarbiyah (UOT). Sebab antara subjek penting yang perlu diambil oleh semua pelajar UOT ini adalah Mutaba'ah Amal. Kalau tak amek, bukan student UOT la namanya.. hoho.

Q1: Ehhh, dari tadi duk sebut Mutaba'ah Amal berulang-ulang nih..ghapo dio gak Mutaaba'ah Amal tuhhh?

Minta maaf. Meh sini saya explain sikit pasal mutaba'ah amal (MA) . Kalau nak translate dari segi bahasanya MA ni bermaksud amalan ikutan. Dari segi syarie, MA ni memperbaiki, membetulkan, mengindahkan peribadi dengan amalan-amalan yang selari dengan sunnah Rasululullah. (kredit)

Atau lebih mudah nak faham, MA ni kiranya bila KITA set certain amalan2 yang kita nak/kena buat dalam waktu tertentu. For example, kita rase kita kena baca Quran 3 muka surat dalam sehari, kita rase kita nak kena puasa setiap hari Isnin dan Khamis (Fuhhh) atau mungkin kita rase kita kena puasa macam Nabi Daud berpuasa (Perghhh!). Pokoknya, roughly, MA tu macam tulah.

Q2: Ape tujuan MA nih sebenarnya?

MA ni adalah satu langkah untuk kita menjadi a better Muslim. A better practicing Muslim. Seorang muslim yang mengamalkan sunnah2 Rasulullah untuk menambahkan lagi kecintaan kepada Allah dan paling penting sekali untuk mencari redha-Nya.

Ada yang cakap MA ni is one way untuk mengelakkan diri kita dari buat benda-benda lagha  atau tidak berfaedah, Memang tak dinafikan, it's true! And ada jugak yang kata MA ni sebenarnya one way untuk membuatkan hari-hari kita yang lalui lebih bermakna dan tidak kosong. Kalau mengikut pengalaman sendiri (yang tak berapa nak banyak nihh) boleh rase la beza hari yang tidak diisi dengan MA ataupun hari yang MA-nya full. Serius! *muka konfiden*

Q3) Macam best je MA nih..acane nak buat ehh?

Yang paling penting sekali, bila nak set kan MA nih, setlah dari bawah. Maksudnya, kalau sebelum ni, kita baca Quran seminggu 2 page, mungkin kita boleh mula dengan setkan baca Quran sehari 1 page. And setkan jugak amalan-amalan lain. Ikutlah kemampuan masing-masing. Sikit-sikit takpe, asalkan kita try to istiqamah.

"Dan sesungguhnya amal yang paling Allah sukai ialah yang terus-menerus / istiqamah dikerjakan walaupun sedikit"
(HR ABU DAUD)

Some people suka buat borang MA, in which bile satu MA yang dah dibuat, nanti dorang tanda, yang tak buat tak tanda, and after sebulan nanti, akan tengok balik borang ni, and bolehlah evaluate diri; amalan apa yang masih kurang, amalan mane yang dah memuaskan. Gitulaaahh. Kalau google, iAllah kot banyak contoh.

And then bila amalan tu macam dah okay dan boleh pergi jauh, set lagi MA yang baru, contohnya tadi bace quran 1page/day rite? tambah jadi 3page/day ke etc. Bak kata Mama Usrah saya dulu, MA ni bila kita nak set lagi, kenalah bertambah, bukan berkurang. 

****************

Begitulah serba-serbi tentang MA nih. SERIOUSLY, waktu mula-mula dulu nak amalkan MA yang diset memang rase terpaaaaaaksaaaaaa sangat.. tapi sama-samalah saya, awak, awak dan awak try cari kemanisan dalam keterpaksaan itu. Lama-lama, iAllah enjoy je buat MA nih..:)

contoh.

p/s: dan yang paling penting sekali: semoga kita dapat menjalankan MA ni dengan ikhlas, bukanlah tujuan untuk riya' dan sebagainya. Amiinn :)

Sunday, December 02, 2012

bencana.

Bismillahirrahmanirrahim.

Everyone has one. The difference is; how BIG your 'bencana' is?

Wednesday, October 31, 2012

anda galau? anda tidak keruan?

Assalamualaikum wbt.

Firstly, alhamdulillah, exam's over and OSCE's result is out. Whatever the result is; always remember

 "Saya taktaulah ni nikmat or ujian, tapi saya bersangka baik sahaja kepada Allah" :)

Btw, had my first part of  lembu untuk qurban this year. Alhamdulillah, umur dah almost 21 baru nak qurban. Dulu saya ingat bapak2 or mak2 je yang selalunya qurban. Tapi, hikmahnya saya duduk kat bumi Yogyakarta ni, dapatlah membiasakan diri dengan qurban pada usia2 yang actually tak berapa nak muda ni. Anda  bila lagi? Jom pakat ramai2 kumpul duit untuk qurban next year! :)

And then, I don't know why suddenly tetiba kegalauan melanda this week. I dont really know how to define GALAU. I think it's like 'tidak keruan' or 'tak tau nak buat ape walaupun banyak benda kene buat' or 'rasa susah hati sebab rase mcm kene kawen sekarang, tapi takda calon'..(okay itu contoh ya! contoh!) or apa-apa jenis keserabutan kat otak, mengikut situasi masing-masing. hoho
Saya galau tawuuuu! galau!

Saya pun galau jugakkkk! nak nangis! T.T

Jadi dalam kes saya, mungkin saya akan mengambil definisi GALAU yang bermaksud 'tidak keruan'. Saya taktaulah ape kena dengan saya. Makan banyak, tidur banyak, malas banyak. Mungkin ade kecacatan kat Mutabaah Amal saya kot and saya perlu muhasabah diri bebanyak kot. bukan kot, memang perlu pun!

Sejak kebelakangan ni bumi jogja ni panas bebeno. Lagi panas daripada time musim kemarau dulu. Bahangnya ya Allah..berminyak-minyak muka bila bangun tidur. Malam semalam pun sama, dahlah panas, galau pulak tuh. Atas katil ade baju2 yang fresh dari ampaian and of courselah nak kene lipat. Tapi dengan kegalauan yang melanda, saya rasa mcm takde mood nak buat ape-ape. Nak tidur, dah banyak tidur. Sah! Ini budak memang galau!

At last, saya buka la lappy. Buka windows media player. Ingat nak cari lagu-lagu yang slow. Lagu-lagu yang saya rasa bila saya dengar bolehlah menenangkan hati yang galau. Tapi tengah pilih-pilih tu ternampak list bacaan quran. Terdetik hati nak pasang Al-Mulk kemudian surah-surah yang seterusnya. Subhanallah, alhamdulillah, kegalauan tadi *chennnggg chengggg!* bertukar menjadi satu ketenangan. Rasa bersemangat nak buat keje semua. Teringat dalam Quran, Allah cakap dalam surah Ar-Rad : 28;


 الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُـهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"

Sweetnya Allah tu, dalam kegalauan, Dia detikkan hati saya untuk mendengar ayat-ayat suci-Nya sebab Dia tahu itulah yang saya sedang perlukan sekarang. Subhanallah.


p/s: jadi anda galau? anda tidak keruan? Saya pasti anda tau apa yang anda perlu lakukan! :)

Friday, October 12, 2012

nama baru belog saya?

Assalamualaikum.

I don't know why, but tetiba rasa macam nak renovate my blog. The layout and all.
*Ohhh of course! Time-time nak dekat exam and with things around lah baru rajin nak melekat kat blog kan?

Okay, for the time being, I'm thinking of ermm changing my blog's name. from living room to hurmm

"under construction?"

eheh. *still thinking*

Wednesday, October 10, 2012

some miscellaneous things.

Assalamualaikum.
Okay today I feel like talking about some miscellaneous things.

#1
Been busy since I came back from Eid holiday. Palliative care conference, MSK (though i dun really know what my role actually is), Sambutan Hari Raya (this one is a big one) and taraaa.."WEEK 5"! And I was like, "whaaaat? exam is in 2 weeks je lagi!" T_T

#2
Lost my passport back in Malaysia. Also, lost my permit and stuffs. Really, much thanks to the burglars (desperately want to kick you in the face..oops). Still, until today, my KITAS (a temporary stay permit) has not been settled yet. You know, it has been 9 times I went to the immigration office. Next visit would be the 10th!

#3
Woke up in one morning, only to be acknowledged that "Many people say susah if kahwin dengan doktor. Nanti jarang balik rumah. Kemas rumah, masak nanti husband yang kena buat". Broken-hearted. Sabar ye wahai para doktor!

#4
Made my first short film "Ini Kisah Aku" for the Hari Raya event. Well, basically the message is seriously a big reminder for me. I guess I was kind of away from the track. I spend most of my time with this and that. But this heart really hopes that Allah may accept them as ibadah. Amiinn. Btw, do watch it here; Ini Kisah Aku . It is about a journey of a Rp2000 (sama dgn 80sen cmtuh) Semoga bermanfaat. :)

#5
Got a bad news. Most part of me says it's not true. But I don't know. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

#6
Being mad at someone but I feel bad about it at the same time.

#7
Rindu rumah. Tetibe. My parents had just moved into a new house in JB. Can't wait to see my room! Seriously dekat dengan Danga Bay. Bolehlah turun Singapore pasni. Hee!

#8
Research oh researchhhh! *pening*

#9
It's time for me to, you know increase my speed in this track. When I was asked to handle that particular thing, I was like.."Ya Allah, layak ke aku?" I'm afraid that I am not good enough at DF-ing people. But, got some words from a friend "Give it a try. Usaha je. Allah yang ketuk hati tu..tapi dalam masa yang sama kena tambah ilmu and amal tu" Thanks love! Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

#10
Read my friends' blogs talking bout Jatuh Cinta yang pertama dengan Allah. Hmm. Rase macam kena tembak sekejap. Jom sama-sama cari saat2 tu balik. T_T

#11
Should be married on my birthday this year coz the date would be "211112". Awesome kan? Kikiki..:P

c'est tout! (that's all)